Kementerian Kesihatan Serbu Kilang Tricajus

KKM serbu Tricajus, berita ni memang mengejutkan saya. Betul ke? Selepas menghubungi beberapa orang leader mereka mengesahkan berita ni memang betul. Tetapi ini bukanlah bermakna ada masalah dengan Tricajus. Ini adalah rutin biasa gabungan KKM & Polis Anti Jenayah membuat serbuan dan pemeriksaan mengejut.

Dalam operasi besar-besaran pada 1hb Julai lepas, 110 orang pegawai penguatkuasa menyerbu enam kilang, empat stor, tujuh syarikat pengedar dan dua buah rumah. Kilang Tricajus turut sama diserbu tetapi didapati Tricajus tidak melanggar sebarang peraturan dan tiada dadah viagra.

Jadi kepada semua pengedar, teruskan usaha anda memperkenalkan produk ini tanpa ragu-ragu. Tricajus sudah lebih 3 tahun berada di pasaran dan sehingga hari ini terbukti ianya bersih dari dadah viagra. Berikut adalah petikan berita dari Utusan Malaysia Online.

Pil Perangsang Seks Tiruan RM3 juta Dirampas Di Enam Kilang Sekitar Lembah Klang

KAJANG 1 Julai – Satu sindiket pengedaran pil perangsang seks tiruan hanya mampu ‘berputih mata’ apabila Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) merampas beratus ribu kotak berisi pil tenaga batin bernilai RM3 juta di enam kilangnya di sekitar Lembah Klang hari ini.

Kilang milik sindiket terbabit didapati menghasilkan pelbagai jenis produk makanan dan pil rangsangan seks tiruan menggunakan jenama beberapa produk ubatan tradisional keluaran syarikat tempatan yang terkenal.

Pengarah Penguat Kuasa Farmasi KKM, Mohd. Hatta Ahmad berkata, pihaknya dibantu polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bertindak menyerbu enam kilang, empat stor, tujuh syarikat pengedar dan dua rumah selepas yakin ia menjalankan kegiatan memproses dan mengedar produk itu.

Beliau berkata, serbuan secara serentak dijalankan oleh 110 pegawai penguatkuasa Farmasi KMM di 19 lokasi termasuk Kajang, Balakong, Kuchai Lama, Sentul, Cheras dan Klang itu dibuat pada pukul 11.30 pagi.

“Siasatan mendapati kumpulan sindiket adalah dalang yang memproses, membungkus dan mengedar pelbagai jenama produk rangsangan seks kepada syarikat jualan langsung dengan menggunakan pelbagai kaedah penyamaran.

“Antara taktik digunakan sindiket ialah mencampurkan bahan kimia terlarang iaitu ’sildenafil nitrat’ dalam serbuk kopi, jus buah-buahan, makanan kesihatan dan pil penambah tenaga untuk menghasilkan ubat rangsangan seks tiruan,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai operasi di sini hari ini.

Beliau berkata, serbuan pertama dibuat di sebuah kilang tidak bernama di kawasan Perindustrian Taming Jaya di sini. Di situ, katanya, terdapat lebih 20 pekerja sedang sibuk memproses pelbagai jenis produk rangsangan seks tiruan.

Tambahnya, beratus ribu kotak berisi produk rangsangan seks tiruan turut ditemui seperti :

* VNG400
* Goji Plus Kapsul
* Vegrow
* Knight Coffee

“Dalam serbuan di enam kilang ini, kita telah merampas semua produk dan mesin yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk rangsangan seks tiruan yang dianggar bernilai RM3 juta,” katanya.

Beliau berkata, pengguna yang mengambil produk makanan dicampur sebatian ’sildenafil nitrat’ menghadapi risiko maut terutama penghidap darah tinggi, sakit jantung dan kandungan lemak tinggi dalam badan.
Sumber : Utusan Malaysia Online

Tricajus Rosly Sani – Pendapatan RM15,000 Sebulan Di Kanzzs

Pada saya selain daripada produk yang hebat, aplikasi on-line sistem di dalam KANZZS amat mudah, canggih dan terhebat. Sistem ‘hybrid’ yang dijalankan oleh KANZZS membuka peluang yang cukup luas untuk anda tanpa mengira bangsa, agama dan peringkat umur.

Sama-sama meraih peluang keemasan yang sedia ada samada dari segi kesihatan dan penjanaan pendapatan yang amat luar biasa. Anda akan dibayar secara harian dan bulanan di bawah 6 buah bank terkemuka tanpa sebarang masalah.

Bila peluang tersedia di depan mata, lakukan sesuatu dan bertindak secara drastik dan bukannya hanya melihat peluang datang dan pergi begitu sahaja. KANZZS adalah ‘jambatan terbaik’ untuk anda ke puncak kejayaan.

Tiada syarikat terbaik selain KANZZS pada mata saya walaupun hampir 15 tahun saya menceburi bidang MLM. Bulan Julai 2009, pendapatan saya di KANZZS melebihi RM15,000.00, syukur ke hadrat Allah SWT kerana ianya adalah permulaan yang baik di dalam syarikat ini kerana saya baru bergiat hampir 6 bulan di KANZZS.

Bersikap positif di dalam segala aspek membuatkan anda akan terus kekal berjaya selain usaha berterusan tanpa kenal erti jemu. “Belajar dan ikut cara orang berjaya jika anda mahu berjaya serta belajar dan ikut cara orang kaya jika anda mahukan kekayaan”.

– Ikhlas, dari saudara Rosly Sani KL
– Telephone no. saudara Rosly —>  019-3937435

Tricajus 15 Ogos 2009: MLM Kanzzs Dilancarkan

Hari ini MLM Kanzzs di bawah syarikat Health & Health Marketing Sdn Bhd telah dilancarkan. Majlis pelancarannya diadakan di Hotel Federal, Kuala Lumpur. MLM ini telah bermula sejak November 2008 tetapi baru dilancarkan secara rasmi hari ini.

Saya sendiri turut sama ke majlis ni. Sambutan agak baik dengan kehadiran sekitar 600 orang. Majlis bermula jam 2pm tapi saya sampai lambat sikit kerana berpusing-pusing cari Hotel Federal, maklumlah tak biasa jalan KL

Masuk jer, kerusi dah penuh. Kena la berdiri, mula-mula tu ok la. Masuk 2 jam rasa nak tercabut kepala lutut. Lihat gambar di bawah, saya yang sedang berdiri ambil gambar tu. Reflek kat cermin.

Nasib baik lepas tea break dapat duduk, fuh duduk sebelah downline yang cun melecun pulak tu. Apalagi bila Lan A to Z nyanyi lagu Broery Marantika, tangkap feelinglah beb. Yup..penyanyi Lan A to Z, jangan tak caya dia pun buat MLM ni.

Yang datang ke majlis ni bukan saja dari Malaysia tetapi juga member-member dari Thailand, Indonesia, Singapura dan Brunei. Group dari Bali nampaknya memang bersemangat. Pelancaran di Bali dijadualkan bulan Disember nanti.

Dapat juga berkenalan dengan Master Stokist dari Brunei, lepas ni senanglah sikit nak sponsor orang Brunei, sebelum ni kena cari stokis di Miri. Walaupun MLM Kanzzs ni masih baru, belum pun setahun jagung tetapi lebih dari 10 orang member yang telah mencapai pendapatan lima angka sebulan.

Malah ada seorang yang telah mencapai pendapatan enam angka sebulan. Bulan Julai lepas pendapatannya mencecah RM 115 000 (seratus lima belas ribu). Pergh, bila la saya nak sampai ke tahap ni. Tahniah kepada En. Roslan Kassim, ni upline saya sama-sama orang Muar. Hidup orang Johor. Masih muda dan bujang tapi dah ada tunang ya.

Bagi saya Pelan Pemasaran MLM ni memang mantap dan cepat buat duit. Walaupun saya baru dua bulan buat tapi dah merasa pendapatan empat angka pada bulan pertama dan kedua. Ini memang rekod saya buat MLM. Biasanya pada peringkat awal, bonus dua angka saja la.

Anda bagaimana? Nak tengok saja ke orang buat duit ribu-riban. Jomlah bersama saya membina perniagaan ini. Laman web sponsor saya dah sediakan, anda boleh mendaftar percuma dulu di www.JusHebat.com Jumpa anda di puncak kejayaan.